25.2.2013 (isnin)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada minggu kedua, bertarikh 25 Ferbruari iaitu pada hari isnin, kami telah diminta oleh puan untuk mengingat kembali konsep-konsep yang telah dipelajari sepanjang kami mengambil pengkhususan pintar cerdas ini. Antara konsep yang kami “recall” adalah konsep gifted or bright dan konsep overexcitedability. Selain itu, kami juga telah mengingat kembali teori-teori dan model yang telah digunakan seperti model gagne, teori gardner, dabrowski dan teori renzulli. Melalui pembelajaran pada hari ini juga, kami telah mengingat semula perbezaan dan perbandingan antara pelajar “gifted” ataupun pelajar “bright”. Kami juga telah mempelajari pelbagai teknik dan cara untuk digunakan bagi mengayakan lagi kemahiran pelajar “bright” mahupun pelajar “gifted”. Selain itu juga, kami telah menjalankan “buddy system” dimana setiap dua orang pelajar akan saling berinteraksi untuk “recall” semula semua pembelajaran yang telah dijalankan . Secara konklusinya, kelas pembelajaran pada hari ini sangat menyeronokkan kerana kami berjaya mengingat kembali konsep-konsep dan semua yang perlu diketahui sebagai bakal guru pelajar pintar cerdas .
(Azie,Faizal,Dibah,Jihah,2013)
PERANGKAP PINTAR
11.
3. 2013 ( isnin)
Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Pada
hari ini kami telah melakukan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Puan
Faziela meminta kami dibahagi kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan diminta
untuk menyelesaikan permasalahan yang diberikan oleh puan. Puan meminta kami
menyelesaikan masalah sebuah syarikat tin yang mengalami permasalahan dalam
pengeluaran tin. Kami telah duduk berbincang secara serius bagi menyelesaikan
permasalahan yang berlaku ini. Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh kami
untuk menyelesaikan masalah pengeluaran tin tersebut. Cadangan yang di sarankan
oleh kami mengandungi logik akal dan tidak logik langsung. Namun begitu, semua
cadangan yang telah kami sarankan itu mengandungi tahap kemahiran berfikir dan
kreativiti kami. Setelah selesai berbincang dengan ahli kumpulan, kami telah
membentang cadangan kami di hadapan kelas. Kesimpulan daripada yang kami
belajar pada hari ini ialah kami
mengetahui bahawa manusia lebih suka mengkritik sesuatu daripada memberi cadangan
pembaharuan untuk sesuatu permasalahn mahupun sesuatu situasi. Selain itu, kita
juga tidak berminat dan terdorong untuk berfikir secara spekulatif. Kita juga
lebih memilih untuk berdiam diri daripada meluahkan idea bagi menyelesaikan
sesuatu masalah kerana tidak mahu mengambik risiko “salah”.
(Azie,Faizal,Dibah,Jihah, 2013)YAHOO CUTI.... (Selasa) 19 / 3 / 2013
Kelas
pada hari ini dibatalkan kerana Puan Faziela memperuntukkan masa tersebut untuk
kemi menonton tiga filem yang telah diberikan berkaitan pintar cerdas. Filem
tesebut sangat membantu kami untuk lebih memahami tentang Pintar Cerdas, EQ dan kreativiti. Tiga filem tersebut ialah
“Searching for Bobby Fischer”, “3
Idiots” dan “Temple Grandin”. (Jihah,Faizal,Dibah,Azie 2013)
MARI BERCERITA....
25
mac 2013 (isnin, minggu 6)
Pada
hari ini puan telah memberi tugas kepada
kami untuk memahami sebuah buku cerita yang telah diagihkan bagi setiap
kumpulan . Tajuk buku cerita yang telah kami dapat ialah The Red Tree yang
ditulis oleh Shaun Tan. Buku yang diberi kepada kami ini menceritakan tentang
kehidupan kita setiap hari iaitu bagaimana kita memulakan hari kita dan
bagaimana hari kita tersebut berakhir.
Buku
ini sangat memberi makna yang mendalam bagi kami sekumpulan. Melalui buku ini,
kami di kerah untuk mengajukan soalan dan menanyakan soalan-soalan yang
berkaitan. Selain itu juga, puan mahu kami berfikir dan bertanya soalan-soalan
seperti seorang individu yang pintar cerdas. Oleh itu, kami perlu berfikir dan
membayangkan soalan-soalan yang kerap di tanya oleh mereka. Sesi pengajaran
pada hari ini benar-benar mengajar kami bagaimana untuk berfikir dengan
menggunakan keupayaan kognitif dan kreativiti. Kami telah belajar berfikir
seperti seorang yang pintar cerdas pada hari ini.
(Azie,Faizal,Jihah ,Dibah,2013)
DETEKTIF PINTAR
(Selasa)
26 / 3 /2013
Pada
hari ini kami menjalankan aktiviti di dalam kelas tanpa kehadiran puan. Kami
diamanahkan oleh puan untuk melakukan aktiviti yang lebih kepada DETEKTIF. Kami diberikan dengan tiga beg yang berisi tiga set bahan
untuk penyiasatan kami. Beg tersebut terdiri daripada WPPSI, WISC dan RAVEN. Arahan yang diterima adalah
seperti berikut:
Ø Kami
diminta untuk menyiasat set-set beserta isi dalam beg tersebut.
Ø Sebagai
penyiasat, apa yang perlu anda lakukan?
Ø Apakah
soalan-soalan yang perlu anda timbulkan untuk memahami dengan lebih mendalam
barang apa yang anda siasat tersebut?
Aktiviti
ini memerlukan kami untuk meneliti dengan betul dan berfikir secara kreatif dan
kritikal apa yang perlu kami lakukan untuk memastikan kejayaan penyiasatan yang
dilakukan. Setiap orang hendaklah menganggap diri sebagai seorang penyiasat
yang ingin membongkar suatu misteri. Kami tidak diberi panduan bagaimana untuk
memulakan penyiasatan tersebut. Kebebasan diberikan kepada setiap kumpulan
untuk bertindak. (Jihah,Azie,Dibah,Faizal 2013)
YAHOO CUTI LAGIII......
CREATIVE PRODUCT
(Selasa) 16 /4 / 2013
YAHOO CUTI LAGIII......
Isnin,
15/4/2013 (minggu 8)
Pada
hari ini, kelas dibatalkan kerana puan menyuruh kami berbincang mengenai kerja
kursus kami dan kami dikehendaki mencari bahan rujukan yang bersesuaian dengan
kerja kursus individu dan kumpulan kami.
(Azie,Faizal,Dibah,Jihah,2013)
CREATIVE PRODUCT
(Selasa) 16 /4 / 2013
Pada hari ini, kami mempelajari tentang sesuatu yang
melibatkan kreativiti.
Maksudnya?????
Melalui
aktiviti ini, kami diberi sehelai kertas
yang memaparkan gambar yang ada timbunan tanah di suatu kawasan terbiar.
Berdasarkan apa yang ada dalam gambar tersebut kami diminta untuk mneghasilkan
sesuatu yang baru mengikut kreativiti masing-masing.
Pile
of dirt + ..................................... = CREATIVE PRODUCT
Kami
turut diberikan sehelai kertas iaitu “Matrix for Generating Original
Possibilities. Aktiviti ini melibatkan “critical thinking” dan “creative
thinking”. Pada mulanya kami diminta untuk menghasilkan suatu yang baru dan
kreatif kemudian kami diminta untuk mengkategorikan apa yang ingin kami
hasilkan.
Melalui
aktiviti ini, kami diberi persoalan “adakah “critical thinking” boleh
menutup “creative thinking”. Aktiviti ini sangat membantu kami untuk
berfikir secara kreatif kerana pemikiran yang kritikal itu bukanlah penghalang
kepada kita untuk berfikiran secara kreatif. Kedua-duanya sangat perlu bagi
suatu keadaan tertentu.
(Jihah,Azie,Dibah,Faizal,2013)
YAHOO CUTI....
Isnin (22/4/2013) (minggu 9)
Kelas dibatalkan kerana Puan Faziela terlibat dengan Seminar di E-learning UPSI.
Selasa (23/4/2013) (minggu 9)
Kelas dibatalkan juga kerana Puan Faziela terlibat dengan Seminar di E-learning UPSI.
SESI HALAQAH @ ICE BREAKING
(Selasa) 30 /4 / 2013
(Jihah,Azie,Dibah,Faizal,2013)
YAHOO CUTI....
Isnin (22/4/2013) (minggu 9)
Kelas dibatalkan kerana Puan Faziela terlibat dengan Seminar di E-learning UPSI.
Selasa (23/4/2013) (minggu 9)
Kelas dibatalkan juga kerana Puan Faziela terlibat dengan Seminar di E-learning UPSI.
SESI HALAQAH @ ICE BREAKING
Isnin,
29/4/2013 (minggu 10)
Pada
hari ini, kami telah membuat halaqah ataupun bulatan secara besar-besaran di
dalam kelas. Puan telah menanyakan soalan yang berkaitan dengan konsep
kepelbagaian kecerdasan ataupun multiple intelligence oleh Howard Gardner. Puan
meminta kami memberi pendapat ataupun apa-apa sahaja apa yang kami paham
daripada konsep kepelbagaian kecerdasan ini. Kami masing-masing meluahkan
pendapat sendiri. Setiap seorang diberi peluang untuk memberi pendapat.
Sesi
kedua juga masih berjalan di dalam sebuah bulatan. Puan Sekali lagi bertanya
kepada kami soalan iaitu apakah subjek ataupun apa-apan sahaja yang paling
signifikan sepanjang kami menjejakkan diri di alam universiti. Kami
masing-masing meluahkan cerita yang berlainan.
Melalui sesi pada hari ini kami belajar bagaimana untuk lebih menggarap
kejayaan buat diri sendiri. Kami juga lebih memahami konsep kepelbagaian
kecerdasan. Pembelajaran pada hari ini membuatkan kami lebih mengingati apa itu
konsep keperlbagaian kecerdasan. (Azie,Faizal,Dibah,Jihah,2013)
SENI BERTANYA.
SENI BERTANYA.
(Selasa) 30 /4 / 2013
Sesi 1
Seni Bertanya
Hari
ini, puan telah menyentuh kembali
tentang seni bertanya tetapi lebih mendalam berbanding di dalam sebelum ini.
Kami diberi persoalan “mengapakah ramai dalam kalangan kita yang kurang
bertanya”. Kami diberi peluang untuk memberi pandangan tentang faktor yang
mempengaruhi budaya bertanya di samping menyelitkan pengalaman masing-masing.
Antara
faktor yang diberi adalah seperti berikut:
a. Persekitaran
b. Malu
c. Takut
diketawa
d. Rendah
motivasi
e. Predictable
f. Sudah
mengetahui jawapan
g. Tidak
mengetahui apa yang hendak ditanya
h. Malas
Pelbagai
pandangan telah diberi oleh pelajar-pelajar. Puan juga telah mewujudkan
hipotesis di mana “semakin meningkat usia,
semakin kurang bertanya”. Bagaimanakah dengan diri anda??? Tanpa kita
sedari, persekitaran dan motivasi
sebenarnya mempengaruhi sifat ingin tahu kita. Sifat ingin tahu tersebutlah
yang akan mendorong kita untuk bertanya dan kita inginkan jawapan bagi setiap persoalan yang bermain
di fikiran. Apabila diimbas kembali,
semasa zaman kanak-kanak dahulu kita sangat bebas untuk bertanya. Kita
akan bertanya untuk setiap apa yang ingin kita ketahui. Ke mana menghilangnya
sifat tersebut???
Oleh
itu, perkara yang perlu kita lakukan
ialah sentiasa bertanya pada diri sendiri setiap hari dan bila-bila masa
sahaja. Dengan bertanya pada diri,
secara tidak langsung kita akan menetapkan target dalam hidup. Dalam
masa yang sama, kita perlu bertindak
bagi memastikan target tersebut dapat dicapai.
Sesi
2
Pada
sesi ini, kami kembali kepada
perbincangan kami berkaitan “bagaimana MI diaplikasikan dalam konteks
pekerjaan” dalam kelas sebelum ini. Menjawab kepada persoalan ini, pelbagai pandangan yang hebat dan kreatif
telah dikemukakan oleh pelajar-pelajar.
Sesi
3
Malalui
sesi ini, bahan yang bertajuk “A Roundtable Approach to Studying Brazil”
diberi kepada kami mengikut kumpulan masing-masing. Kami diminta untuk mengkaji
seni bertanya soalan berdasarkan bahan tersebut. Bagaimana gaya pembelajaran
pelajar pintar cerdas melalui seni bertanya.
Guru membahagikan mereka mengikut
kecerdasan masing-masing berasaskan teori MI. Satu tajuk utama akan ditetapkan
oleh guru. Kemudian pelajar tersebut akan membentuk soalan berdasarkan apa yang
ingin diketahui mengikut kecerdasan yang dimiliki. Gaya pembelajaran ini
merangsang pelajar untuk bertanya dan menambah ilmu.
(Jihah,Azie,Dibah,Faizal 2013)
YAHOO CUTI LAGI..... 6/5/2013 (Isnin) (minggu 11)
Kelas pada hari ini dibatalkan sempena cuti pilihanraya umum yang ke 13. (Faizal,Azie,Jihah,Dibah 2013)
CUTI LAGI....
7/5/2013 (Selasa) (minggu 11)
Kelas pada hari ini juga dibatalkan atas sebab Puan Faziela memberi kami peluang untuk menyiapkan tugasan penulisan ilmiah individu yang perlu dihantar juga pada hari ini. (Dibah,Faizal,Azie,Jihah,2013)
YAHOO CUTI LAGI..... 6/5/2013 (Isnin) (minggu 11)
Kelas pada hari ini dibatalkan sempena cuti pilihanraya umum yang ke 13. (Faizal,Azie,Jihah,Dibah 2013)
CUTI LAGI....
7/5/2013 (Selasa) (minggu 11)
Kelas pada hari ini juga dibatalkan atas sebab Puan Faziela memberi kami peluang untuk menyiapkan tugasan penulisan ilmiah individu yang perlu dihantar juga pada hari ini. (Dibah,Faizal,Azie,Jihah,2013)
No comments:
Post a Comment