Layout

Monday, 18 March 2013

REFLEKSI KEUPAYAAN KOGNITIF DAN KEPELBAGAIAAN KECERDASAN

ISNIN 18/2/2013 (minggu 1)

Hari ini merupakan kelas pertama keupayaan kognitif dan kepelbagaiaan kecerdasan.Hari ini juga Puan Faziela merupakan pensyarah bagi subjek ini.Kami semua telah kenal dengan Puan Faziela sebelum ini kerana Puan Faziela pernah mengikuti kami melawat Pusat Permata Pintar UKM pada semester lepas.Saya juga berasa gembira dalam kelas ini kerana buat pertama kalinya ada 3 orang putera di dalam kelas ini iaitu Zulhazli,Zulhaziq dan Zhariff zaki (3Z)...,mereka merupakan pelajar yang mengambil subjek elektif dari ISMP Psikologi yang mengikuti subjek ini dan pada semester ini tidaklah saya berasa  sunyi kerana ada ramai pelajar lelaki di dalam kelas.



Dalam kelas hari ini kami diminta oleh Puan Faziela untuk membincangkan apa itu kepelbagaian kecerdasan? dan reka cipta RPI (Rancangan Pengajaran Individu) yang menggunakan pendekatan kepelbagaian kecerdasan.Kami telah duduk di dalam kumpulan masing-masing untuk membincangkan topik ini dan ahli kumpulan saya ialah Dibah,Najihah dan Azita.Hasil daripada  perbincangan di dalam kumpulan dan kelas banyak maklumat mengenai kepelbagaian kecerdasan yang telah kami perolehi,antaranya ialah ada 9 kecerdasan yang telah diperkenalkan oleh Howard Gardner iaitu:
  1. Verbal Linguistik
  2. Interpersonal
  3. Intrapersonal
  4. Muzik
  5. Logikal
  6. Naturalis
  7. Spatial
  8. Kinestetik
  9. Eksistansialisme

Selepas itu,kami juga membincangkan bagaimana hendak mencipta RPI dengan berpandukan 9 kepelbagaian kecerdasan.Sebelum itu kami semua telah berbincang mengenai apa yang dibincangkan dalam setiap kecerdasan.Dalam kecerdasan verbal linguistik,lebih menekankan dalam aspek bahasa.Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis.Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan.Kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,mengingat maklumat, memahami perkataan.

Interpersonal pula ialah membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi,tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

Intrapersonal ialah kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain,kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

Muzik ialah kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten,membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran.Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi,memahami struktur dan rentak muzik.

Logikal matematik ialah kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif  serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

Naturalis ialah seseorang  pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.


Spatial ialah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.


Kinestetik ialah kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.


Eksistansialisme ialah orang yang memiliki kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang tertentu.Mereka cenderung bersikap untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia,erti kehidupan,mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang  dihadapi oleh manusia dalam hidup.Kecerdasan ini telah diperkenalkan dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.Mereka berkemampuan untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat,sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang.Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam seperti ‘Adakah makhluk lain selain manusia di alam semesta?’, ‘Berapa jumlah kenderaan yang ditemui di sepanjang perjalanan ke pejabat ?’ dan sebagainya.


Secara keseluruhannya,apa yang kami pelajari hari ini sememangnya telah kami pelajari sebelum ini di kelas pintar cerdas pada semester sebelum ini tetapi majoriti daripada kami telah lupa dan pada hari ini kami telah mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari  sebelum kami memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan topik keupayaan kognitif dan kepelbgaian kecerdasan.Kami berasa sangat seronok pada kelas hari ini kerana pelbagai maklumat mengenai pintar cerdas dapat kami kongsi bersama terutamanya dengan 3 orang putera dari bidang psikologi.Kata orang "sharing is caring ".... so rajin-rajinlah sharing... :)
(Faizal,Dibah,Najiha & Azie 2013)




Selasa (19/2/2013) (minggu 1)

Enam Topi Pemikiran ( Sixth Thinking Hats)

1.0 Pengenalan Kaedah Berfikir 6 Topi
            
       Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Edward de Bono iaitu seorang pemikir dan juga seorang penulis yang terkemuka di Barat. Kaedah yang digunakan ini adalah berfikir secara selari. Kaedah berfikir secara selari bertujuan untuk meluaskan perspektif, dimana ia melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa berlainan terutama sekali dalam menghadapi situasi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik.
            
        Berfikir secara selari ini membawa pengertian kearah pemikiran yang selari, teratur, sejajar dan juga bersistematik. Sebagai contoh, enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari dengan antara satu sama lain dan tidak dinilaikan, dibandingbezakan, di pertikaikan serta tidak dibuktikan kebenaran atau kesalahan, sebaliknya mencari kelebihan daripada setiap sudut pandangan.

2.0 Kelebihan Kaedah 6 Topi Pemikiran
            
      Terdapat beberapa kelebihan menggunakan kaedah enam topi pemikiran ini kerana ia membantu seseorang untuk menjadi lebih fokus dan berdisiplin dalam cara berfikir justeru menghasilkan idea yang lebih berstruktur dan bersistematik. Individu juga akan lebih menggunakan pemikiran yang kritikal. Selain itu juga, individu berkebolehan memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang berbeza dan belajar berfikir dalam satu mod pada masa yang sama. Mempelajari garis panduan (topi putih) akan membantu dalam mengenalpasti kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru. Disamping itu, dapat memahami peranan emosi dan intuisi dalam membuat keputusan serta mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

3.0 Aplikasi Penggunaan 6 Topi Pemikiran
            
      Cara mengaplikasikan penggunaan 6 topi pemikiran ini mempunyai 4 cara antaranya pembuat keputusan (decision making), penyelesaian masalah (problem solving), usaha kreatif ( creative effort), dan penyiasatan (investigation)

Aplikasi 6 Topi Pemikiran
Pembuat Keputusan :
·         Biru – topik membuat keputusan
·         Hijau – mengeluarkan alternatif baru
·         Putih – situasi difaktakan
·         Kuning – alternatif bersesuaian
·         Hitam – alternatif tidak bersesuaian
·         Merah – membuat keputusan
·         Hitam – menilai keputusan
Penyelesaian Masalah :
·         Biru – definisi masalah yang dihadapi
·         Putih – maklumat yang bersesuaian
·         Hijau – penyelesaian bersesuaian
·         Kuning – pemeriksaan penyelesaian reality
·         Hitam – kelemahan penyelesaian utama
·         Putih – mengaitkan dengan maklumat
·         Biru – membuat kesimpulan
Usaha Kreatif :
·         Biru – tujuan kreativiti
·         Putih – maklumat topik
·         Hijau – menjana idea
·         Kuning – kelebihan idea
·         Hitam – idea yang diketepikan
·         Hijau – menyelesaikan yang diketepikan
·         Merah - perasaan
Penyiasatan :
·         Biru – definisi penyiasatan
·         Putih – maklumat yang bersesuaian
·         Hijau – membuat hipotesis
·         Putih – siasat lebihan maklumat
·         Biru - meringkaskan

            Berdasarkan jadual diatas adalah merupakan aplikasi penggunaan 6 topi pemikiran mengikut aspek-aspek tertentu. Kebiasaannya lebih cenderung kearah penyelesaian masalah. Ini kerana aplikasi ini dapat memudahkan perjalanan aktiviti mesyuarat yang berlangsung bagi menyelesaikan pelbagai masalah mengikut sistematik.


4.0 Hubungkait Fungsi 6 Topi Pemikiran dan Cara Mengaplikasikannya.
           
        Keenam-enam topi ini mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. Melalui kaedah enam topi pemikiran ini, setiap pemikiran yang dikaitkan kepada topi yang mempunyai warna-warana tertentu seperti putih, merah, hitam, kuning, hijau dan akhir sekali warna biru. Kami memilih cara mengaplikasikan 6 topi pemikiran dalam aspek penyelesaian masalah.


Topi putih dikenali topi fakta (fact hat) yang berfungsi melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-mata. Selain itu, topi ini berfungsi menyimpan segala maklumat sebagai rekod dimana ia merupakan satu bukti yang menerima segala sifat positif mahupun negatif (neutral). Sebagai contoh situasi ‘masalah berkahwin awal’ yang dihadapi oleh pelajar mahasiswa UPSI. Antara fakta pelajar untuk berkahwin awal adalah apabila pelajar menganggap berkahwin awal adalah salah satu trend masa kini dimana pelajar mahukan berkahwin di usia muda ketika menyambung pelajaran. Selain itu juga, topi putih bagi berkahwin awal disebabkan pasangan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Jangka masa perkenalan pasangan tidak dinafikan ada juga yang berkenalan sewaktu di bangku sekolah lagi dan ada juga berkenalan di university yang sama dan juga ada yang berkenalan di laman sesawang seperti facebook dan sebagainya. Setelah mengenali pasangan secara mendalam, perkenalan antara keluarga kedua-dua belah pihak pula. Perkenalan bersama keluarga pasangan adalah lebih kearah untuk meminta restu hubungan daripada kedua-dua ibu bapa pasangan. Ini kerana ada juga pasangan yang beranggapan restu keluarga dapat mengukuhkan lagi perhubungan mereka.

Di samping itu, ada juga pasangan yang beralasan mahu berkahwin awal kerana takut melepas dimana mereka bimbang jika pasangan mereka diambil orang sekiranya mereka melengah-lengahkan ikatan yang sah tersebut. Dan akhir sekali, bagi pasangan perempuan lebih memerlukan seseorang yang boleh melindungi mereka dan menjadi tempat mengadu mereka dikala suka dan duka.


No comments:

Post a Comment