Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Berkaitan dengan tajuk, apakah yang terlintas di dalam setiap pemikiran pembaca atau seseorang yang melihat satu perkataan 'KREATIVITI'?.
Ada sesetengah individu yang beranggapan bahawa diri mereka tidak lansung kreatif bahkan lansung tidak memahami konsep kreatif itu sendiri..
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru menyatakan bahawa kreatif bermaksud kebolehan untuk mencipta, menghasilkan sesuatu idea baru yang asli. Manakala kreativiti pula membawa maksud mempunyai kemampuan untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dalam pelbagai bidang seperti sastera dan juga seni.
Adakah setiap individu dilahirkan sebagai seorang yang kreatif ataupun kreatif ini boleh dipupuk dengan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran? Ramai yang beranggapan bahawa individu yang kreatif adalah disebabkan mereka telah semulajadi mempunyai kreativiti. Sememangnya hal ini tidak lagi dapat dinafikan iaitu setiap orang mempunyai tahap kreativiti yang berlainan dari segi arah kreativiti, sebagaimana yang terdapatnya pelbagai variasi dalam sifat-sifat mental dan juga fizikal (Davis, 1992).
Namun begitu, persepsi ini harus diubah kerana tiada perkara yang mustahil yang berlaku pada masa kini. Untuk menjana kreativiti seseorang itu perlu untuk lebih produktif, bersifat ingin mencuba, bersemangat, selalu membuat latihan, berfikir secara luar kotak, tidak terikat dengan mana-mana idea orang lain serta berani.
Untuk memberikan anda lebih semangat, cuba tonton movie ini. Selamat Menonton.
Sumber : Bing, K.W. & Omar Abdull Kareem (2005). Pemikiran dan kreativiti. Selangor, Malaysia: Aras
Mega(M) Sdn. Bhd.
Davis, G. A. (1992). Creativity is forever (3rd. Ed.), Dubuque, Iowa: Kendall/Hunt Publishing
Company.
http://www.youtube.com/education
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Kareena, 2013)

No comments:
Post a Comment