Layout

Thursday, 21 March 2013

KJ-Technique

Assalamualaikum dan Salam Pintar Cerdas

Pada minggu lepas, kami telah mempelajari satu teknik untuk menyusun maklumat mengikut prioriti. KJ-Technique adalah satu teknik yang diperkenalkan oleh Kawakita Jiro. Teknik yang diperkenalkan sangat mudah dan menarik. Mula-mula kami perlu memilih apakah permasalahan yang ingin diselesaikan. Masalah kami ialah " Tidak cukup masa untuk menyiapkan assignment"



Seterusnya, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyenaraikan sebanyak mana penyelesaian yang boleh tidak kira sama ada ia realistik atau tidak. Di sini secara tidak langsung menguji daya pemikiran kreatif kami. Kami diberikan sticky notes utk menulis penyelasaian tersebut di atasnya.

Terdapat tiga kategori penyelesaian masalah iaitu : 1) mudah, sederhana, susah . 2) tidak penting, sederhana penting, sangat penting dan 3) Peringkat 1, peringkat 2, peringkat 3 . Kami perlu memilih untuk meletakkan masalah kami dalam kategori mana. Kumpulan kami memilih mudah, sederhana dan susah. Selesai menulis semua masalah, sticky notes ini akan dilekatkan pada dinding kelas mengikut kategori. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil perbincangan mereka. Walaupun terdapat banyak jawapan yang tidak logik, but there is no right or wrong answer. It depends on us to choose the best at the end of it.



Daripada aktiviti ini, kami secara tidak langsung telah menyusun atau "organize" pemikiran kami supaya lebih terarah dalam menyelesaikan masalah. Kami dapat membezakan apa yang perlu dan tidak perlu, apa yang penting dan tidak penting, apa yang susah dan yang mudah serta apa yang boleh dilakukan secara berperingkat. Kebiasaannya, kita akan terus mencari satu jalan penyelesaian kepada masalah tanpa menyenaraikan alternatif lain yang mungkin lebih mudah untuk kita lakukan.

Teknik ini sangat berguna bukan sahaja dalam menyelesaikan masalah, malah dalam membuat pilihan. Kita boleh melihat apakah perkara yang tidak penting yang boleh kita tolak ke tepi dahulu , apakah perkara pada peringkat awal yang boleh kita lakukan sebelum ke peringkat seterusnya dan apakah perkara yang paling mudah untuk diselesaikan dahulu. Apabila seseorang tidak tahu meletakkan prioriti, dia telah memberi bebanan kepada dirinya sendiri.

Adakalanya jalan penyelesaian yang kita fikirkan tidak logik tetapi ia tidak mustahil untuk dilakukan. Maka, jangan pernah menyekat idea anda dalam menyelesaikan masalah. Think creatively, not think hardly

Wana, Akmal, Haziq, Zul (2013)

No comments:

Post a Comment