Layout

Saturday, 23 March 2013

Perangkap Pintar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. ^_^

Pada 11/3/2013 yang lalu, (memang sudah lama bukan?sudah bersarang pun dalam kepala) kami melakukan aktiviti lebih kepada perbincangan dalam kelas. Puan memberikan kami satu masalah iaitu 3 syarikat berusaha membantu sebuah syarikat tin di mana masalah yang terjadi ialah tin tidak dapat dimasukkan ke dalam kotak lalu jatuh dan kemek. Masalahnya mudah tetapi membawa kerugian yang besar sekiranya banyak tin mengalami masalah ini.




Seperti biasa, pelajar-pelajar semester 4 yang kreatif + kritis memikirkan idea-idea serta segala kemungkinan yang berlaku bagi mengatasi masalah tersebut. Setelah pembentangan dilakukan, Puan menerangkan mengenai PERANGKAP PINTAR dan AKIBATNYA yang seri kita lakukan dalam kehidupan seharian.

PERANGKAP PINTAR

AMBIL SATU SUDUT DAN PERTAHANKAN.

Semua orang pernah berhadapan dengan situasi ini. Semua orang pernah mengambil satu sudut pandangan dan mempertahankannya.

BERTENTANGAN BUKAN PILIHAN.
Apabila kawan atau orang lain mengemukakan cadangan/pendapat yang baharu, sukar untuk kita menerimanya dan pelbagai jawapan kita berikan tanpa mahu mempertimbangkan pendapat orang lain yang berkemungkinan dapat membantu menyelesaikan masalah kita. 

TIDAK BERSEDIA UNTUK SALAH.
Haaaaa...yang ini tipu kalau tidak pernah buat. Pernah tidak kawan-kawan semua mempertahankan sesuatu kerana tidak mahu mengaku kalah pada orang lain? Pernah tidak kita bergaduh kerana perkara kecil dalam organisasi sebab rakan sejawat kita menegur cara kerja kita? Kerana pada pandangan kita, kita telah melakukan kerja dengan betul dan kita mula saling membidas mengenai cara kerja masing-masing kerana tidak mahu menerima kesalahan yang dilakukan.. Hmm.....

AKIBATNYA....
  • SUKA MENGKRITIK.
  • TIDAK MINAT BERFIKIR SPEKULATIF
  • RISIKO SALAH.
Kita sebagai manusia sememangnya pernah melakukan kesalahan walhal kami sendiri pun begitu. Apa yang lebih penting ialah perubahan ke arah kebaikan. 

Mungkin kita tidak mampu menjadi insan sempurna. Tetapi kita mampu menjadi insan yang lebih berguna.

Salam Sayang Dari Kami..<3

Atie,Yana,Jiha,Wana,Wani,Dina (2013) 

No comments:

Post a Comment