Layout

Sunday, 24 March 2013

Imaginasi , Rezeki dan Empati

Assalamualaikum dan Salam Pintar Cerdas 

Pada 2 Mac 2013 yang telah lama berlalu, kami telah mengadakan kelas ganti di Taman Arca ! Disebabkan masing-masing kepenatan dan cuaca agak sesuai untuk berehat, Puan telah merancang aktiviti yang santai tetapi masih mampu merangsang pemikiran kami .



1 . Bulat Kecil Bulat Besar

Kami diberikan sehelai kertas yang mempunyai lukisan bulatan setiap seorang . Dengan menggunakan kreativiti dan imaginasi, kami diminta melukis apa sahaja dengan bulatan yang diberikan. Maka, berlakukan sesi berangan-angan. Selepas 30 minit, kami dikehendaki berhenti melukis dan menjelaskan kepada orang lain apa yang kami lukis. Ada yang melukis bunga, lolipop, perasaan dan banyak lagi. Apa yang menariknya ialah, Puan menjelaskan ada diantara kami yang menggunakan memory recall, bukan imaginasi. Beza dua perkara ini ialah memory recall adalah apa yang kami pernah lihat berbentuk bulat dan lukis semula tetapi imaginasi adalah apa sahaja yang terlintas di kepala lalu bentuk bulatan itu boleh menjadi sesuatu yang lain. Pada saya, kebanyakan daripada kita sentiasa datang dengan idea yang sama atau diulang-ulang berdasarkan pengalaman. Hasil daripada aktiviti ini, saya merasakan kita juga perlu menggunakan imaginasi dan kreativiti to come out with something new and original 






2 . Congkak dan Rezeki

Kemudian, Puan memberikan kami satu set permainan congkak. Puan memberi kebebasan kepada kami untu bermain atau melihat sahaja congkak tersebut dan kaitkan dengan rezeki. Jika kita lihat orang bermain congkak, setiap pemain mempunyai bahagian masing-masing dengan jumlah yang sama . Ini boleh dikatakan setiap orang diberikan rezeki yang pada asalnya sama rata. Kemudian kita mengambil satu bahagian dan memulakan giliran. Ada beberapa guli yang diletakkan pada pihak lawan. Ini bermakna, walaupun kita mempunyai rezeki yang banyak, kita juga boleh memberikan sedikit rezeki kita di tempat lain. Dalam permainan congkak, ada satu lubang yang besar. Dan itu boleh dianggap sebagai simpanan kita sendiri. Walaupun kita memberi guli kepada pihak lawan, tetapi kita menyimpan hasil guli dalam lubang simpanan sendiri.


Ada ketika dalam permainan guli, pihak lawan akan "bom" kita dan mengambil guli kita. Begitu juga dalam hidup. Kita mempunyai kawan dan lawan yang sebilangan kecilnya mungkin mempunyai sikap ang suka tikam dari belakang. Mari kita lihat pula dari aspek lain. Terdapat 7 lubang kecil pada papan congkak yang kita boleh ibaratkan 7 hari dalam hidup kita . Setiap hari ada rezeki sendiri. Dalam permainan congkak, kita juga perlukan teknik untuk mendapat guli yang banyak pada akhir permainan. Jika kita mengambil mana-mana guli tanpa berfikir, kita akan rugi pada akhirnya. Lihat pula hidup kita . Kita sepatutnya mempunyai perancangan atau kaedah untuk menggunakan rezeki atau peluang yang kita ada supaya kita tidak rugi dan tidak juga merugikan orang lain. Tanpa perancangan dan hanya bertindak mengikut perasaan, kita tidak akan untung diakhirnya. Cuba kaji tokoh-tokoh yang berjaya . Mereka mempunyai perancangan dan matlamat yang jelas . Mereka telah berjaya dan pada  masa yang sama, menyumbang kepada orang lain.

Semasa bermain congkak, pasti ada perasaan cemburu melihat pihak lawan yang memiliki bilangan guli melebihi kita lalu kita berniat di dalam hati untuk mendapat lebih guli apabila peluang kita tiba . Sampai sahaja giliran, kita cuba untuk mendapatkan guli yang banyak dengan cara yang jujur. Persaingan sihat dalam hidup kita perlu dinilai dari sudut positif. Kita cemburu melihat kejayaan kawan, lalu kita berazam untuk berusaha lebih . Kita menggunakan saluran yang betul, bukan terlalu  mengikut perasaan dan memusnahkan peluang orang lain.

Rupanya, permainan congkak mempunyai banyak kaitan dalam hidup kita. Siapa sangka? ^_^

3 . Enjit-enjit Semut

Pernah main tak enjit-enjit semut? Masa main tu, mesti kita cubit tangan kawan kita sepenuh hati kan? Puan memberi masa kepada kami untuk bermain dan berhenti bila-bila kami mahu. Maka, terdengarlah pelbagai bunyi jeritan kecil tanda tangan dicubit. Selesai permainan, kami berhenti. Puan bertanya kenapa kami berhenti. Kebanyakan adalah kerana kepenatan. Kemudian, kami diminta untuk memberitahu apa perasaan kami semasa bermain. Ada yang gembira, ada yang geram, ada yang biasa, dan lain-lain. Apa pula perasaan semasa mencubit tangan kawan ? Tak sampai hati nak cubit kuat-kuat sebab tau sakit. 

Empati. Ya, dalam hidup kita perlu ada empati dan bukan sekadar simpati. Apabila kita mempunyai sikap empati, kita akan bertindak sama ada untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Simpati pula sekadar satu rasa tanpa tindakan yang boleh diluahkan dengan kata-kata. Empati dalam hidup kita akan menjadikan kita seorang yang tahu menghargai orang lain dan menyumbang kepada orang lain.

Selesai sudah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang sangat bermakna ^_^ Terima kasih Puan, Terima kasih semua !

Wana et.al (2013)

No comments:

Post a Comment