ASSALAMUALAIKUM
W.B.T , SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA SEMUA....
Pada
19 Februari 2013 ia merupakan kuliah kedua pada minggu pertama. Hari ini kami pelajar sem 4 untuk pengkhususan pintar
cerdas dan berbakat telah bergabung dengan pelajar semester 2 menghadiri
seminar yang telah dianjurkan oleh Puan Fazeila
untuk memastikan kami yang mengambil pengkhususan pintar cerdas ini tahu
berfikir secara sistematik, logik dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu
masalah dengan menggunakan Teori Six Thinking Hats yang telah diasaskan oleh Edward de Bono.
Dr. Edward de Bono ini merupakan salah seorang
pemikir yang terkenal di peringkat antarabangsa yang telah mengasaskan Teori Six Thinking Hat. Pada pagi ini
penceramah jemputan telah diundang untuk memberi talk tentang gaya pemikiran yang telah
diasaskan oleh Dr. Edward ini iaitu En
Zamri B. Mohamad yang merupakan seorang penulis buku yang terkenal di
Malaysia. Di dalam Teori Six Thinking Hat ini ia melibatkan enam jenis warna topi yang berlainan yang
mempunyai maksudnya yang tersendiri. Antara
warna topi yang ada dalam six thinking hat ini ialah Topi Putih, Topi
Merah, Topi Kuning, Topi Hitam, Topi Hijau Dan Topi
Biru. Bagi saya dengan mengkelaskan sesuatu maklumat itu mengikut
kategorinya yang tersendiri ia memudahkan lagi seseorang individu itu mengambil
sesuatu keputusan kelak.
TOPI PUTIH memfokuskan tentang data dan maklumat yang
sedia ada. Dengan melihat maklumat yang telah direkodkan jurang pengetahuan
dapat diatasi. Topi putih ini bersifat neutral yang membolehkan seseorang itu
menganalisis data-data yang terkumpul untuk membuat jangkaan berdasarkan data-data
terkumpul itu.
TOPI
MERAH merupakan topi perasaan. Topi merah ini
berfungsi sebagai maklum balas terhadap perkara yang dibincangkan. Topi merah
ini mengambilkira pandangan orang lain
atau pihak luar serta bagaimana mereka akan bertindak balas dari segi
emosi. Selain daripada itu juga, topi merah ini membolehkan seseorang
menggunakan gerak hati dan perasaan dalam membuat keputusan tanpa perlu
memberikan sebarang sebab. Namun begitu,
teknik ini bercanggah dengan kebanyakan kita yang menggunakan fikiran rasional
dalam membuat sesuatu keputusan.
TOPI
KUNING
ini dikenali sebagai topi positif.
Topi ini merupakan topi yang membuat andaian- andaian positif sahaja
untuk membantu seseorang itu untuk terus maju
ke hadapan untuk membuat keputusan
walaupun ia sukar. Kebaikan topi kuning ini ialah ia membolehkan
seseorang itu melihat kebaikan dan nilai positif dalam sesuatu perkara.
.
TOPI HIJAU
ini berperanan untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang timbul dan
melambangkan kreativiti seseorang
individu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Selain daripada itu, topi hijau
ini berperanan sebagai idea baru yang boleh digunakan oleh seseorang individu
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Selari dengan itu juga,
topi hijau ini bertujuan untuk membandingkan maklumat-maklumat yang wujud dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Seperti yang saya katakan tadi, topi ini
membantu seseorang itu untuk menjana idea-idea bernas, cadangan serta
alternatif lain.
TOPI HITAM
ini dikenali sebagai topi negative.
Dengan menggunakan topi hitam ini individu tersebut akan melihat
keburukan tentang sesuatu masalah yang timbul itu. Kaedah penggunaan topi hitam
ini penting kerana ia dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan sesuatu perkara
itu sebelum keputusan diambil. Topi hitam ini mempunyai risikonya yang
tersendiri jika dalam sesuatu keputusan yang dibuat hanya topi hitam hitam
sahaja yang diambil berat.
TOPI
BIRU merupakan topi keputusan. Topi ini
digunakan untuk membuat keputusan yang terbaik setelah mengambil kira baik dan
buruk alternatif tersebut. Dalam erti kata yang mudah topi biru ini digunakan
setelah kata sepakat telah dicapai.
Sebagai
CONTOH untuk lebih memahami KONSEP SIX THINKING HAT ini dengan lebih Mendalam Adalah Seperti Dalam Situasi Ini :
“ Masalah Kahwin
Awal Dalam Kalangan Pelajar Universiti”
Topi Putih [Maklumat atau Data yang Terkumpul]
1) Si
dia telah lama kenal keluarga perempuan tersebut.
2) Kedua-duanya
telah lama berkawan
3) Ikut
trend kawin awal dalam kalangan pelajar universiti.
Topi Hijau [ Topi Idea
]
1) Berkahwin
gantung
2) Bertunang
dahulu sebagai tanda
3) Konsisten
dalam pelajaran walaupun sudah berkahwin.
Topi Kuning [ Data-Data
Positive]
1) Dengan
berkahwin gantung dapat mengelakkan kawin lari
2) Dengan
bertunang dianggap sebagai menge “cop”
wanita tersebut sebagai milik lelaki itu.
3) Win- win situation. Ertinya disini jika seseorang itu konsisten dalam pelajaran
seseorang itu dapat mengekalkan prestasinya dan dapat berkahwin awal.
Topi Hitam [ Maklumat
Negative]
1) Jika
berkahwin awal mungkin akan berlaku pergaduhan suami isteri kerana kedua-duanya
masih muda.
2) Masyarakat
sekeliling akan menimbulkan fitnah. “ baru tunang bukannya kawin dah ke hulu
dan ke hilir”
3) Mungkin
akan berlaku pertindihan tanggungjawab sebagai suami /isteri dengan tanggungjawab
seorang pelajar.
Topi Biru [
Penyelesaian ]
Alternatif
yang boleh diambil oleh seseorang individu yang menghadapi masalah yang sama
seperti ini ialah dengan mengekalkan konsistensi dalam pelajaran mereka barulah
ibu bapa mereka dapat membenarkan anak mereka untuk berkahwin. Dengan cara
mengekalkan konsistensi ini barulah ibu bapa yakin bahawa anak mereka sudah
mampu belajar sambil berkahwin dan dapat mengekalkan keputusan yang baik.
Saya
berharap dengan huraian dan contoh yang panjang lebar ini akan membuatkan anda
semua faham tentang Six Thinking Hats ini.......SEKIAN
TERIMA KASIH.... =)
Ahli Kumpulan Kawin Muda....
WANI, WANA, DIBA, ATIEY, ZUL & AKMAL (2013)
No comments:
Post a Comment