ISNIN (4/3/2013) (Minggu ke 3)
Hari
ini merupakan kelas kelima pintar
cerdas.Dalam kelas hari ini kami semua diminta
berbincang dalam kumpulan mengenai bagaimana hendak mengurangkan
kesesakan ekslator di sesebuah negara.Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk
mencipta idea yang kreatif.Ini kerana idea yang kreatif boleh menjadi inovasi pada masa hadapan
walaupun kadangkala ianya tidak logik.Dalam kumpulan yang telah
dibentuk,pelbagai idea yang telah dikemukakan seperti mencipta gelongsor bagi
mengantikan ekslator,mencipta helikopter seperti doraemon,mengunakan lampu pengecil manusia untuk mengurangkan kesesakan di
ekslator dan pelbagai lagi idea yang tidak logik tetapi jika dicipta
kemungkinan ianya dapat menyelesaikan masalah kesesakan di ekslator ini.Untuk
mendapat inovasi yang lebih menarik lihatlah video ini yang sememangnya dapat
mengurangkan kesesakan di ekslator.
Video
ni menceritakan tentang bagaimana kesesakan ekslator dapat dikurangkan dengan hanya mencipta gelongsor
dan piano di tangga.Kemungkinan besar idea ini boleh diinovasikan di
Malaysia.Kesimpulan yang dapat di buat di sini ialah kanak-kanak pintar cerdas
mempunyai idea yang sangat kreatif dan guru-guru hendaklah menerima idea
kreatif mereka dengan sebaik-baiknya kerana ianya boleh membantu menyelesaikan
masalah.Lagi banyak informasi yang diperolehi oleh seseorang,maka lagi
bertambah kreativiti seseorang itu.
(Faizal,Najihah,Dibah,Azie,2013)
Selasa (5/3/2013) (minggu 3)
Hari ini pada 5hb Mac 2013
bersamaan hari selasa, kelas pintar cerdas dibatalkan dengan cara sengaja..BEST
GILERRRR!! (nampak sangat tak suka masuk kelas)..hahhaha ^^.. bukan setakat
kelas PC jer yang batal..tapi semua kelas yang ada kaitan PENDIDIKAN KHAS
DIBATALKAN juga.. MUNGKIN ANDA TERTANYA KENAPA?MENGAPA? KELAS DIBATALKAN???
Baiklah disini kami akan ceritakan sebab kenapa kelas dibatalkan..Pada hari
tersebut, program kami telah mengadakan KEMPEN MENDERMA DARAH..jadi sesiapa
yang baik hati dan ikhlas memberi darahnya kepada orang yang memerlukan selain
nyamukk..boleh la datang ke Bangunan Canselori, UPSI..Pelajar ISMP PENDIDIKAN
KHAS wajib turun ke Bangunan Canselori tersebut bagi memeriahkan serta
menyokong untuk program sendiri..Kehadiran juga diambil ketika kempen itu
berlaku..jadi TERIMA KASIH BAGI MEREKA YANG SUDI MENDERMA DARAH untuk program
kami..Balasan anda amat kami hargai.. ^^
(Dibah,Faizal,Jihah,Azie, 2013)
KREATIVITI,CONGKAK,LUKISAN & REZEKI
Selasa
(12/3/2013) (Minggu ke 4)
Kelas
hari ini dibatalkan atas sebab Puan
Faziela tidak sihat dan kelas digantikan pada hari Sabtu (16/3/2013).Pada hari
Sabtu kelas kami diadakan di Taman Arca UPSI.Puan Faziela telah menerangkan
tentang kreativiti dan memberi setiap orang di dalam kelas kertas lukisan yang
mengandungi 6 gambar bulatan.Arahan Puan Faziela ialah buat apa sahaja lukisan
yang menunjukkan kreativiti dari 6 gambar bulatan.Dalam masa 30 minit pelbagai
lukisan yang telah kami hasilkan anatranya 6 muka orang dengan pelbagai
emosi,kehidupan yang dilalui oleh diri sendiri,planet di alam suria,hidupan di
laut dan pelbagai lagi lukisan yang sangat kreatif.Selepas itu setiap orang
dikehendaki menerangkan lukisan yang telah dihasilkan.Aktiviti ini sangat
menarik kerana kami dapat mengeksperesikan kreativiti melalui lukisan di luar
kelas.
Aktiviti
yang seterusnya ialah bagaimana permainan congkak dapat dikaitkan dengan
rezeki.Dalam aktiviti ini pelbagai idea yang kreatif dapat dicetuskan seperti
permainan congkak yang mempunyai tujuh lubang dan dalam kehidupan seharian kita
mempunyai 7 hari seminggu.Di dalam 7 hari seminggu itu juga rezeki
dicari.Selain itu mengikut konsep permainan congkak, guli di dalam setiap
lubang itu akan dimasukkan ke dalam lubang yang lain,oleh itu jika dikaitkan
dengan konsep rezeki ialah apabila kita mempunyai rezeki yang lebih kita akan
menderma pada orang yang lebih memerlukan.Dalam permainan congkak juga kita
akan memasukkan guli ke dalam lubang utama
atau rumah kita sendiri tanpa memasukkan guli itu ke dalam rumah orang
lain.Konsep rezeki ialah ketika mencari rezeki kita tidak boleh percaya pada
orang lain 100% kerana pada masanya orang yang kita percaya akan menikam kita
dari belakang atau akan menutup periuk nasi kita.Permainan yang terakhir ialah
menyusun perkataan.Kami telah di bahagikan kepada 2 kumpulan dan dikehendaki
membahagikan beberapa perkataan mengikut kategori seperti makanan,pintar
cerdas,agama,negara dan sebagainya.Tujuan aktiviti ini dilakukan ialah
memudahkan seseorang pelajar mengkategorikan sesuatu mengikut tajuk.
(Faizal,Dibah.Azie, Jihah 2013)
No comments:
Post a Comment