Layout

Tuesday, 26 March 2013

KJ Techniques


Assalamualaikum dan Salam Generasi Pintar Cerdas,pada tanggal 18 mac 2013 (minggu 5) bersamaan pada hari isnin, sebelum ini kami ada mempelajari satu aktiviti yang mengaitkan CREATIVITY dan EMOTIONAL INTELLIGENCE. Aktiviti yang dijalankan sangat seronok sebab ada lukis-lukis dan permainan mengkategorikan. Sekarang ini, kami akan menceritakan aktiviti yang sangat seronok di waktu indah pada hari isnin.. ^^ hehehe.. (Nampak kan kegembiraan kami ni..)


            
Baiklah, aktiviti yang akan kami lakukan pada hari kejadian adalah aktiviti KAWAKITA JIRO (terbelit lidah kami sampai ingatkan perkataan KAWAN KITA JIRO..hahaha ^^ agak comel nama itu) atau paling ringkas nak menyebut KJ-Technique. Dengar perkataan KAWAKITA JIRO ni mesti kita terbayangkan Negara matahari kan (JEPUN)?? Untuk pengetahuan rakan-rakan pintar sekalian, KAWAKITA JIRO ini diambil bersempena dengan nama pengasas teknik ini yang asal dari Jepun. Kaedah ini boleh kita praktikkan semasa ingin menulis sesebuah buku ilmiah ataupun semasa kita menghadapi masalah dan sukar mencari jalan penyelesaiannya. Sebelum ini, ada kaedah lain juga yang boleh kita praktikkan untuk menyelesaikan masalah iaitu kaedah 6 THINKING HATS- Edward De Bono (pakar pemikiran). Kedua-dua kaedah ini bersangkut paut juga. Berkenaan KAWAKITA JIRO ini kita dapat lihat dimana ada proses penampalan dan proses pengkelasan. Jadi anda semua nak tahu bagaimana kami mengaplikasikan kaedah ini dengan cara yang betul?? Jom kita EXPLORE~~ (wahhh..bestnyer ^^)
           
Pada pagi itu, kami telah mendapat arahan daripada lecturer kami untuk membentuk kumpulan belajar. Terdapat 3 hingga 4 kumpulan yang telah terbentuk. Setelah selesai membuat kumpulan, kami diberi 32 helai sticky note yang berwarna kelembutan iaitu warna biru. Dengan adanya 4 orang dalam satu kumpulan, satu orang akan mendapat 8 helai sticky note itu. Setelah mendapat 8 helai sticky note itu, kami diberi cadangan untuk memilih salah satu permasalahan yang kami sukar untuk atasi. Ada 3 masalah dan hanya 1 permasalahan yang majoritinyer menghadapi masalah yang sama dengan undian sebanyak 10 orang. Tajuk permasalahan itu ialah ‘" Tidak cukup masa untuk menyiapkan assignment". Mesti anda juga mengalami masalah yang sama kan?? Jadi tunggu apa lagi, jom kita selesaikan masalah ini..Chayo0kk2..
           
Pertama sekali, lecturer kami telah memberikan 3 helai sticky note yang berwarna warni untuk kami klasifikasikan mengikut aras kesukaran yang diberikan bagi setiap kumpulan. Terdapat 3 aras kesukaran yang diberikan antaranya:
·         peringkat pertama, kedua dan ketiga
·         mudah, sederhana, susah
·         penting, sederhana penting dan tidak penting

     Bagi kumpulan kami, kami mendapat aras kesukaran PENTING, SEDERHANA PENTING dan TIDAK PENTING. Oleh itu, kami mula mengeluarkan segala kata kunci untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menulis pada setiap helaian sticky note. 1 kata kunci : 1 helai sticky note. Kami diberikan tempoh masa selama 10 minit untuk menyelesaikan masalah berikut tanpa meminta bantuan daripada kawan. Segala penyelesaian samada logic atau tidak logic akan diterima-guna. Jadi, bermacam-macam idea yang keluar sampai kadang-kadang nak tergelak pun ada. Sebab ada idea yang digunakan kadang-kadang cakap sahaja tapi tak serupa bikin..hahaha contoh ( ANTIFACEBOOK,TWITTER dan segala macam yang ada) tak logic kan?? Tapi itu salah satu idea daripada kumpulan kami. Setelah tamat 10 minit yang diberikan, kami disuruh mencari satu lot dinding yang sesuai untuk kami membuat proses penampalan dan proses pengkelasan. Kami mengkelaskan segala idea dan luahan minda mengikut aras kesukaran yang kami dapat tadi dan menampalkannya di dinding. Di sini kami dapat lihat bahawa idea yang kami curahkan itu berada di tahap yang mana bagi menyelesaikan masalah mengikut aras peringkat penting, sederhana penting dan tidak penting. Yang tidak penting kita akan ketepikan dahulu. Bagi yang patut dititikberatkan dimasukkan dalam kategori penting. Usai sudah proses pengkelasan masalah, kami diminta untuk membentangkan apa yag kami lakukan dalam mengaplikasikan kaedah ini.


    Akhir sekali, objektif aktiviti kita telahpun tercapai dimana kita dapat kenalpasti bahawa segala permasalahan yang ada pasti ada jalan penyelesaiannya. Ini bergantung pada individu samada rajin atau tidak untuk mengklasifikasikan masalah tersebut. Sekian sahaja daripada kami , wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

P/s: semoga aktiviti ini dapat diaplikasikan dalam rutin harian kita
(dibah,faizal, jiha, azie,2013)








No comments:

Post a Comment