Assalamualaikum w.b.t...
Pada hari khamis.7.3.2013 untuk kelas Puan Fazeila kami telah melakukan aktiviti mengubah pepejal supaya boleh terapung didalam air. Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah plastesin,balang yang berisi air dan juga guli. Puan telah membahagikan kami kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan bahan masing-masing. Puan telah mengarahkan setiap kumpulan memotong plastesin kepada 4 bahagian. Kemudian, Puan telah menyuruh setiap kumpulan berfikir bagaimana caranya supaya pepejal atau plastesin itu mampu terapung di dalam air yang disediakan dalam balang tersebut. Setiap kumpulan telah menggunakan kreativiti masing-masing dengan membentuk plastesin menjadi suatu yang boleh terapung di dalam air. Semasa aktiviti dijalankan setiap orang dalam kumpulan menunjukkan kreativiti dan pemikiran masing-masing dalam membentuk plastesin. Bagi pihak kumpulan saya, kami memikirkan cara untuk membuat plastesin itu supaya tidak tenggelam di dalam air dengan strategi harus mempastikan plastesin tersebut menjadi ringan dan boleh terapung di atas permukaan air. Kami membentuk plastesin menjadi sedikit nipis dan dibentuk menyerupai sampan supaya dapat ditampung di atas permukaan air dan tidak tenggelam. Hasilnya kami berjaya, dan setelah itu setiap kumpulan juga berjaya menerapungkan plastesin masing-masing mengikut kreativiti sendiri. Puan telah membuat pemerhatian sepanjang aktiviti dan turut memberi sedikit tunjuk ajar kepada kami.
Setelah itu, untuk cabaran yang seterusnya puan telah memberikan kami guli. Puan memberitahu kepada kami supaya menganggap guli itu adalah penumpang di dalam sampan dan bertanya berapa ramaikah penumpang yang boleh ditampung oleh sampan ciptaan kami tersebut. Tahap ini agak sukar kerana guli-guli tersebut mungkin akan menenggelamkan sampan jika tidak diletak secara seimbang. Ketika sesi ini,ada kumpulan yang tamak meletakkan guli yang banyak sehingga sampan plastesin yang dicipta tenggelam. Kemudian,masing-masing tidak berputus asa dan bersungguh-sungguh berusaha memenuhi kehendak puan. Ketika aktiviti ini dijalankan, kerjasama berkumpulan serta semangat setiap individu terserlah dan ternyata kerjasama itu sangat penting. Untuk lebih menarik lagi,puan telah menetapkan masa,dan ketika itu setiap kumpulan berusaha memastikan sampan plastesin masing-masing tidak tenggelam. Terdapat kumpulan yang sampannya tenggelam,dengan kesuntukkan masa,setiap kumpulan cemas menjaga sampan plastesin dari tenggelam. Setelah tamat masa,puan melihat dari satu kumpulan kepada kumpulan lain hasil yang diperoleh. Puan mengira kumpulan manakah yang paling banyak terdapat guli di dalam sampan plastesinnya. Moralnya disini,puan berkata kita harus bijak berfikir dan tidak tamak memasukkan sebanyak mungkin guli sehinnga plastesin tenggelam,yang penting plastesin itu tidak tenggelam. Bagi saya aktiviti ini sangat menyeronokkan, aianya menjadi satu pengalaman baru serta pengajaran baru kepada diri saya. Aktiviti ini sangat berguna dan kami tidak bosan sepanjang di dalam kelas pintar cerdas ini. ^__^
Ini adalah antara gambar yang kami ambil ketika aktiviti dijalankan.. :p
Sekian sahaja daripada saya, Tuan Yusranizar , saya mewakili ahli kumpulan saya untuk menulis blog kali ini iaitu iaitu Hidayah,Alia,Najihah,Amalina,Ainina dan Hafizah...
No comments:
Post a Comment