Layout

Saturday, 11 May 2013

LAWATAN KE PERMATA PINTAR NEGARA

assalamualaikum dan apa khabar semua... heheee.. disini kami ingin menceritakan tentang lawatan yang telah kami jalankan di pusat permata pintar. ini adalah bagi meluaskan lagi pandangan kami tentang apa itu pintar cerdas.. untuk pengetahuan semua, lawatan itu sangat SERONOK !.. heheeee... sebelum lawata, pelbagai persediaan telah dibuat. Muhammad Nizam iaitu satu-satunya jejaka pintar cerdas telah dilantik sebagai pengarah program.. wahhh,, sebelum lawatan pelbagai halangan telah kami tempuhi.. namun kami menganggap itu sebagai salah satu ujian dari Allah.. heheee.. antara halangan yang kami telah tempuhi seperti terpaksa menunda tarikh untuk membuat lawatan ke pusat Permata Pintar Negara dan masalah pengangkutan. namun kami berjaya menempuh halangan tersebut.. wahh ayat power tak..? huhuuuuu... lawok benor yerr.. suke, suke juge.. namun pengalman seperti ini memberi seribu makna buat kami.. hehee :-) .. 


setelah merancang segala persiapan, akhirnya tarikh sebenar teah diputuskan iaitu kami akan pergi membuat lawatan pada 3 Mei 2013.. wahh tak sabar rasenye tau.. setelah lama merancang akhirnya kami berjaya mendapatkan tarikh yang sesuai.. itu sebab orang dulu-dulu pernah cakap., usaha tangga kejayaan.. heheee.. penat lelah kami akhirnya berhasil, dan amat-amat berterima kasih kepada semua pihak yang berjaya mengatur semuanya terutama puan kami yang COMEL.. heheee :-).. pengarah kami iaitu Nizam telah memutuskan supaya kami berkumpul di hadapan kafe khar tepat jam 7.00 pagi untuk bertolak ke UKM.. memang kami semua exited giler.. ad yang tak dapat tido malam. huhuu.. akhirnya, kami semua bertolak ke pusat permata pintar dengan penuh tanda tanya dan debaran.. heheheeee... kami juga diberi makan pagi ketika di atas bas, iatu roti dan air kotak, cukuplah sekadar mengisi perut yang kosong.. setelah sampai di pusat permata pintar, kami telah disambut oleh beberapa kakitangan pusat tersebut masuk ke dewan.. kami amat bertuah kerana pada masa yang sama, beberapa pelajar master turut membuat lawatan di pusat tersebut..

setelah mendengar segala keterangan, kami dijamu dengan makanan yang telah disediakan.. setelah selesai makan, kami telah dibawa melawat ke semua tempat yang ada di pusat permata pintar.. yang paling best ialah ketika masuk ke bilik muzik.. maklumlah kan belum pernah jumpa alat muzik yang banyak, tanpa segan silu semua alat muzik kami cube.. heheee, walaupun tak pandai nak main, tapi dapat pegang dan bergambar pon jadi ler.. hahaaa.. kami juga telah berjumpa dengan seorang pelajar yang amat special iaitu pelajar twice exceptional.. dia menggelar dirinya sebagai Arief.. comel budaknya.. pelbagai halangan telah dia tempuhi sebelum masuk belajar di pusat permata pintar.. memang best sangat dapat berjumpa dengan Arief dan mendengar pengalamannya.. sedih pom ade.. hummm sobb3~~~.. :'( tapi semangat dia sangat kuat., memang syok la dapat dengar ceritanaya.. dia juga ada cita-cita yang sangat tinggi tau.. huhuu.. tapi tak apela asalkan dia berjaya mencapai cita-cita dia dan berjaya dalam hidup.. :-)..

kami juga dibawa melawat ke kelas-kelas dan juga perpustakaan.. memang pelajar-pelajar disitu rajin-rajin, comel-comel lagi tu.. rase nak ambik satu bawa balik.. hehee melampau.. ! selain itu, pelbagai soalan telah kami lontarkan untuk memahami dengan lebih jelas tentang keadaan disana.. best sampai tak terkata.. sebelum pulang semula ke UPSI, kami telah bergambar sepuas-puasnya dekat sana.. bestttt..... memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan., setelah itu., dalam perjalanan pulang ada yang tertidur., munkin penat sangat kot.. huhuuu.. emm sampai kat sini je penulisan kami.. maafkan kami jika ada kesilapan yer.. heheee.. love you all.. terutama puan Fazeila kami yang comeL.. mmuuaaahhh.. bye byee.. assalamualaikum.. ( yang ikhlas dari kami Atiey, Akmar dan Syifaa.. heheeee..)

beberapa gambar yang telah kami ambil semasa lawatan..












No comments:

Post a Comment