Layout

Monday, 29 April 2013

Gegar Mentor *the spectacles girls*


Minggu 3 
4/3/2013 - Isnin

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Pada  minggu ini saya mempelajari tentang gegar mentol dan gifted vs creativity. Apakah yang anda faham aktiviti ini? Sebenarnya aktiviti gegar mentol dan gifted vs creativity  ini adalah untuk melatih seseorang individu itu untuk berfikir secara kreatif dan kritis terhadap sesuatu masalah  yang timbul. Misalnya dalam aktiviti gegar mentol ini   kami diberi situasi  “ Bagaimanakah untuk mengurangkan kesesakan  semasa menggunakan escalator? Kami diberi kebebasan untuk mancadangkan dan memberi idea untuk mengatasi masalah ini.
Antara idea yang diberikan oleh ahli kumpulan kami untuk mengatasi masalah ini ialah  dengan membina gelongsor yang memudahkan pengunjung menuruni tangga tanpa menggunakan escalator. Selain daripada itu, ada dalam kalangan kami mencadangkan  pihak pengurusan pusat membeli belah itu membina escalator bertingkat untuk mengatasi masalah ini.

Selain daripada itu, ada juga yang mencadangkan menggunakan penyapu ajaib seperti yang digunakan oleh ahli sihir..hehe... Dalam aktiviti gegar mentol ini ia tidak menyekat seseorang individu itu  memberi idea sama ada ia adalah logik atau tidak logik. Hal ini kerana, ia dapat melatih seseorang itu untuk berfikir secara “out of box” kerana tiada yang mustahil pada masa kini.  Setelah semua memberi idea masing-masing, Madam Fazeila menayangkan video yang telah di buat di negara baratuntuk mengatasi masalah kesesakan semasa menggunakan escalator.
 Antara langkah yang diambil oleh jurutera mereka ialah dengan membina tangga yang boleh mengeluarkan muzik. Pelik tapi benar. Itulah inovasi yang dilakukan oleh jurutera barat untuk menarik minat pengunjung untuk menggunakan tangga lantas ia boleh mengurangkan kesesakan semasa menggunakan escalator. Rentetan daripada itu, terdapat jurutera barat membina gelongsor bagi mempercepatkan orang ramai menuruni tangga. Bagi sesetengah individu ia seolah-olah tidak masuk akal tetapi ia benarnya ia logik dan ia telah dibuktikan oleh jurutera tersebut.

GIFTED VS CREATIVE  

Aktiviti kedua yang diadakan pada hari ini ialah aktiviti Gifted Vs Creativity. Dalam Gifted Vs Creativity ini kami diberi situasi  “Bagaimana  seseorang itu menguasai kenderaan”. Nampak pelikkan?? Apa kaitan antara penguasaan kereta dengan aktiviti gifted vs creativity? Itulah persoalannya. Inilah yang dikatakn kursus Pintar Cerdas. Sebenarnya aktiviti  ini adalh untuk mendidik seseorang itu untuk berfikir secara kreatif  tanpa mengambil kira idea tersebut itu logik atau merepek.
Secara zahirnya, manusia sebenarnya boleh berfikir secara kreatif n kreatis tetapi disebabkan oleh gaya pemikiran seseorang itu dihalang oleh beberapa faktor yang menyebabkan kreativiti itu tidak dapat dikembangkan.  Misalnya, semasa kami menyenaraikan langkah-langkah yang perlu ada untuk menguasai kenderaan ia lebih kreatif daripada senarai yang terdapat dalam  buku manual. Semua langkah-langkah yang kami kemukakan ini logik dan boleh di terima pakai untuk menguasi kenderaan. Selain daripada itu,  bagi saya aktiviti gifted vs creativity ini melatih seseorang itu untuk berfikir secara kreatif dan yakin terhadap idea yang kita berikan itu.


CLIP KERTAS....


*OK..YANG NI SENGAJA LETAK SEBAB CANTIK*



Aktiviti ketiga  ialah CLIP KERTAS. Kami diberi masa untuk memikirkan bagaimana untuk menginovasikan clip kertas menjadi satu bahan baru. Apa yang kami pelajari tentang aktiviti ini ialah kita perlulah fikir diluar kotak untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibuat daripada clip kertas. Tamsilannya dengan menggunakan jutaan clip kertas dah ia dileburkan mungkin ia akan menghasilkan tray makanan. Percaya atau tidak. Itulah hakikatnya. Nothing Is Imposibble In This World.
Namun begitu, tiada seorang pun antara kami yang boleh berfikir seperti yang diingini oleh Madam. Kenapa? Hal ini disebabkan kita yang menyekat mindakita berfikir secara kreatif .. Sekian terima kasih.. =) Akhir kata, kami sangat gembira dengan aktiviti yang diadakan dalam kelas hari ini. Tq Madam dan InsyaALLAH.. segala ilmu yang diberikan akan kami manfaati semasa berada di sekolah kelak...

WANIEY, ATIEY, DINA & YANA (2013)

Sunday, 28 April 2013

Revision Semester 1 & 2..


ASSALAMUALAIKUM….. 25 April 2013 (minggu 9)

Hey pembaca blog yang disayangi lagi dikasihi sekalian ..

Pada 2 minggu lepas kelas kami pintar cerdas, berbakat dan kreatif (KBC 3013) telah membuat ulangkaji berkaitan segala subjek yang telah kami  pelajari semasa di semester satu dan semester dua masa kini. Tanpa kami sedari rupa-rupanya telah banyak ilmu pengetahuan atau maklumat yang telah kami peroleh sepanjang proses pembelajaran kami di universiti pendidikan sultan idris dalam bidang pendidikan khususnya. Pada semester satu kami telah mempelajari subjek pembangunan sahsiah, kanak-kanak berkeperluan khas, pengurusan kurikulum, kanak-kanak masalah pembelajaran disleksia, dasar pendidikan khas dan sebagainya. Manakala semester dua pula kami mempelajari subjek kenegeraan, wacana akedemik bhasa melayu , olahraga, pintar cerdas , berbakat dan kreatif , kanak-kanak autisme ,disleksia ,
            
Pada semester satu subjek pembangunan sahsiah kami belajar menyertai program expential learning selama 2 hari. Kami telah banyak mempelajari tentang pengalaman penceramah semasa program penceramah telah memberi kami inpirasi untuk menjadi seorang guru kelas, guru yang baik dan perhatin amat diperlukan masa kini ,penceramah mengajar kami untuk membezakan sahsiah guru yang baik dengan sahsiah guru yang tidak baik. Tanpa kita sedari terdapat juga sahsiah guru yang tidak baik pada masa kini sebagai contoh seseorang tidak bolehlah melontarkan perkataan-perkataan yang tidak baik kepada murid seperti “bodoh ” kerana seperti yang kita tau setiap kata yang keluar dari mulut guru adalah doa. Anak murid yang baik atau pandai pada masa kini tidak semestinya berguna pada masa hadapan, manakala anak murid yang tidak baik atau bertingkah laku buruk atau bodoh masa kini tidak semestinya mereka berguna kepada Negara dan masyarakat pada masa akan datang. Seseorang guru jangan lah menilai anak murid pada mata kasar sebaliknya melihatlah mereka dari mata hati.
           
Dalam subjek Dasar  pendidikan khas pula kami pembelajari falsafah ,visi, misi, kurikulum pendidikan khas dan sebagainya. Semua perkara tersebut perlu diketahui oleh seseorang guru pendidikan khas. Kurikulum kanak-kanak pendidikan khas berbeza dengan kurikulum kanak-kanak atau murid di arus perdana kerana kurikulum mereka fleksibel. Guru pendidikan khas boleh mengubah kurikulum mereka mengikut tanpa kemampuan kognitif mereka berikutan tahap kognitif mereka tidak sama dengan murid normal. Malahan terdapat murid pendidikan yang berumur 12 tahun masih tidak mengenal huruf A B C . keadaan ini menunjukan tahap kognitif mereka sangat rendah. Kebanyakan guru akan memberikan mereka sesuatu kemahiran motor kasar dan halus dan kemahiran vokasinal supaya mereka dapat berdikari pada masa akan datang selepas tamat sesi persekolahan. Mereka juga boleh menambah sesi persekolahan mereka 2 tahun sama ada di sekolah rendah tau di sekolah menengah. Antara dasar yang kami pelajari ialah SALAMANCA, JOMTIEN, PUBLIC LOW dan sebagainya. Subjek pengurusan kokurikulum kami belajar cara-cara untuk mengendalikan sesuatu program di sekolah kelak,cara hendak membuat kertas kertas dan sebagainya Nampak mudah tapi hakikatnya sangat susah untuk berurusan dengan orang atasan untuk mendapatkan tandatangan dan sebagainya.
            
Subjek kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus disleksia pula kami banyak mempelajari cara untuk mengenal pasti murid-murid disleksia , mereka Nampak normal namun hakikat mereka mempunyai masalah pembelajaran iaitu disleksia. Jika guru atau ibubapa  tidak dapat mengesan penyakit murid ini mereka berkemungkinan besar akan mengelarkan mereka sebagai murid yang bodoh .

Baiklah, nak cerita pula apa yang kami belajar pada semester 2 ? subjek semester 2 kami iaitu kanak-kanak kerencatan akal, autisme ,  down sindrom , autisme dan pelbagaian kecacatan. Lagi bahasa inggeris 1,wacana akademik bahasa melayu, olahraga, pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas ,pintar cerdas berbakat dan kreatif , kenegaraan , dan sebagainya. Dalam subjek kanak-kanak kerencatan akal, autisme down sindrom autisme dan pelbagaian kecacatan subjek lebih kurang subjek kanak-kanak bekeperluan khas masa semester satu akan tetapi subjek ini mengetahui lebih mendalam dalam suatu dalam pendidikan khas seperti autisme, disleksia dan sebagainya. Wacana akademik bahasa melayu kami belajar tentang cara-cara penulisan esei yang betul mengikut format APA , memperbetulkan cara ejaan yang betul, cara membuat forum dan sebagainya. Subjek ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam penulisan tugasan kelas.
            
Dalam subjek olahraga pelbagai teknik sukan olahraga yang betul telah kami pelajari seperti larian pecut, lontar perluru, lompat jauh, rejam lembing dan sebagainya. Setiap guru perlulah mengetahui Teknik sukan olaharaga yang betul supaya mereka dapat mengajar anak murid pada masa akan datang. Teknik yang betul boleh mengelakan daripada mendapat kecederaan semasa sukan. Subjek pengurusan tingkah laku dalam pendidikan khas dapat mengajar kami bagaimana hendak mengawal tingkah laku murid khas di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Antara cara hendak mengawal tingkah laku murid khas ini ialah menggunakan token ekonomi, penguhan positif dan negative, time out dan sebagainya. Semua guru pendidikan khas perlulah bersiap sedia untuk menghadapi tingkah laku murid pendidikan khas yang pelbagai. Antara murid khas yang mempunyai pelbagai masalah tingkah laku ialah hiperaktif dan autisme. Tingkah laku mereka sukar di kawal guru. Oleh itu ,guru perlulah mendalami cara-cara untuk mengawal tingkah laku murid pendidikan khas kelak.

Saya siti aliah bt abd rahim mewakili ahli kumpulan saya untuk menulis blog pada minggu ini next blog rakan saya yang lain pula... Naty kan penulisan mereka pada masa akan datang apa pula agaknya aktiviti pelajar pintar cerdas,berbakat dan kreatif  semester 2 nie yea pada minggu hadapan ? hehe
Ahli kumpulan saya terdiri daripada ainieyna bt rosli, najihah bt manaf, faezah bt yusof, nur amalina bt  jusoh, noor hidayah bt jamaludin, tuan yusranizar bt tuan yunus..

Sekian sahaja daripada saya,

Selamat menimba ilmu…  ~Smile~


Sunday, 21 April 2013

'BATTLES OF THE WAR' ( minggu 8 )






Assalamualaikum..

                                                                                     

Khamis lepas iaitu 18/4 kelas kami mengadakan 'BATTLES OF THE WAR' haa.. Bunyi pun macam gempak je kan, hihihi.. Jom kita baca entry kami dalam 'BATTLES OF THE WAR' . Kami mendapat pesanan dari Puan Fazeila esok akan mengadakan battles of the war nihh ... Mula-mula kami memang blurrr .. ape itu? (memang selalu blur tak ada maknanya mula-mula blurr tuhh haha).

Setelah diterangkan baru kami faham sebenarnya macam mana pemainan battle nihh.. Dan setiap kumpulan diarahkan mencari dan membina  sebanyak mungkin soalan untuk ditanya kepada kumpulan lain dan memakai baju tema yang sama  .. Malam itu kat group dah mention kumpulan yang lain nak pakai bju ape .. terutamanya kumpulan kami ..haaaa (nampak sangat ter'excited' kan.. ). Akhirnya kami decide nak pakai bju warna ape .. try tekaa?

 

  'PURPLELISH GIRL GROUP'
                                        
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu terdiri daripada kumpulan kami sendiri iaitu purplelish group( berbelit lidah nih nak meyebutnya haaahh ) , ya hanana dan walawehh... . Persaingan antara kumpulan sengitt dimana kami diberi masa 2 minit untuk menjawab soalan yang disoal... siap ade pemerhatian bebas tauu .. ( amik kauuuu ekekkee )

Soalan yang ditanya mengenai Theories of Giftedness iaitu GADNER , RENZULLI, TRIARCHIC (STERNBERG) . Antara soalan yang ditanya   

1) Nyatakan 4 kebolehan semula jadi yang menyumbang kepada kepintaran ? ( GAGNE ). Jawapannya adalah intellectual, creative, socioaffective dan sensori motor ( kami dapat jwb soaln dtanya YEAYYYYY !!!! )

2) Mengapakan Borland  mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kepintaran tidak efektif?
jawapan : kerana kekurangan bukti yang menunjukkan keberkesanan gifted education pada masa itu .

3) Apakah aspek yang diketengahkan dalam 'teori triarchic'?

 Jawapan : i) to the internal world of the person
                  ii) to experience
                  iii) to the external
4) Berdasarkan teori triarchic ,apakah yang mempengaruhi kecerdikan seseorang?

Jawapan : i) Melawat negara orang
                 ii) Belajar subjek baru
                 iii) Menguasai bahasa asing

5) Bagaimanakan teori triarchic mendefinisikan kecerdikan seseorang ?

Jawapan : Orang pintar tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Mereka juga tahu cara mengambil    peluang daripada kekuatan yang mereka ada sama ada untuk mengimbangi atau untuk memperbaiki kelemahan mereka. 



                                                 gigih mencari jawapan .. hehehe

5 guli untuk kumpulan kami.Ops !!  lupa nak bagi tau kami kena mengumpul guli untuk menjadi pemenang..

Akhirnya Alhamdulilah kumpulan kami menjuarai battle of the war nihh dengan mengumpul 24 guli hehehe (mehh cnnii nak tgokk guli kami )


                                            belah kiri itu merupakan mangkuk guli kamii

itu sahaja entry dari kumpulan kamu .. tunggu next entry pulak ye.. ( percubaan pertama menulis blog nihh maaf kalau ade kesilapan )

 ( Najihah, Hafizah,Aineyna,Alia,Hidayah,Amalina dan Yusranizar 2013)




Tuesday, 16 April 2013

IQ TEST DAN CRITICAL THINKING


Isnin  (1/4/2013) (minggu 7)

Kelas  pintar cerdas hari ini diteruskan dengan kami mencuba setiap ujian IQ  yang ada seperti The Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence (WPPSI), The Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC),dan Raven Test.Ujian-ujian IQ ini telah kami cuba dalam setiap kumpulan dan kami tukar ujian-ujian IQ ini secara bergilir-gilir dalam kumpulan masing-masing.Selesai sahaja kami mencuba kesemua ujian-ujian IQ di atas,Puan Faziela meminta kami semua menyenaraikan beberapa soalan dengan menggunakan 5W1H (when,what,who,where,why,how).Antara soalan yang dikemukakan oleh kumpulan saya ialah kenapa sesetengah ujian IQ ini hanya sesuai untuk kanak-kanak umur 2-6 tahun sahaja?,kenapa tidak sesuai dijalankan di Malaysia?,kenapa banyak menggunakan simbol?,kenapa ada verbal dan non verbal?,bagaimana ujian IQ ini dilaksanakan?,bagaimana hendak menguji kepintaran seseorang dengan hanya menggunakan ujian IQ?,adakah ujian IQ akan mempengaruhi kecerdasan emosi pelajar-pelajar pintar cerdas?,kenapa ada 2 warna pada blok yang diuji dalam ujian IQ iaitu merah dan putih?,adakah pengasas ujian IQ ini seorang yang pintar cerdas?,kenapa lebih banyak menggunakan gambar binatang?,antara ketiga-tiga ujian IQ tersebut,yang mana paling berkesan untuk menguji kepintaran seseorang?,kenapa Malaysia tidak mencipta ujian IQ? dan pelbagai soalan lain.Selepas selesai sahaja mengemukakan soalan-soalan ini,kami dikehendaki menkategorikan soalan-soalan ini mengikut kategori seperti instrument,pengendali dan sebagainya.Tujuan sebenar aktiviti ini diadakan ialah untuk membuat proses pemikiran kritikal melalui soalan-soalan yang di bina.Melalui proses pemikiran kritikal ini kita dapat berfikir tentang sesuatu perkara secara konsisten,logik dan dapat membantu seseorang membuat sesuatu keputusan dengan bijak dan tepat.
 (Faizal,Dibah,Azie,Jihah,2013)
                                                                      Contoh Raven Test

                                               Contoh  WISC Test
                                           Contoh WPPSI Test